Kecuaian penjajah pada masa lampau Hutan_tropika

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat.Negara penjajahan mahukan keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-mata bagi kepentingan negara mereka - England.